Khas For The Bebudak Bahas!!!

Lots of Theories in Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu...Since its for BM so..
Ana lebih suka menulisnya menggunakan bahsa melayu ~p



Bahas Cukup mudah terutama Bagi Orang yang pandai bercakap. Jika orang tersebut tidak mampu membuka mulut atau bersuara sederhana kebawah, maka perkara tersebut boleh diatasi dengan latihan vokal. Vokaliser merupakan perkara yang paling remeh. Nak tahu apakah itu? Itulah perkara yang keluar dari mulut berkali-kali apabila dalam keadaan yang cemas. Contohnya, dalam Perbahasan, sebutan " Mmmm...." yang diungkapkan berkali-kali merupakan masalah vokaliser. Terdapat 3 kecenderungan perkara ini berlaku iaitu:

1. Blank & Black Out kerana terlalu nervous
2. Hilang keyakinan diri kerana terlalu nervous &ragu-ragu dengan fakta
3. Terlupa hujah kerana terlalu nervous

Oleh itu, kuncinya adalah jangan nervous. Baiklah orang yang pandai bercakap marilah kita berbahas.

Sebelum itu, terdapat beberapa peringatan kepada pembahas sekolah menengah kerana bahas peringkat ini amat terikat. Anda perlu untuk menjaga sopan-santun semasa berbahas. Anda harus menjaga tatabahasa. Anda juga mesti menjaga emosi. Apabila anda melanggar peraturan ini, maka anda tidak boleh menjadi pembahas terbaik.

Nak jadi pembahas terbaik?

1. Jalankan peranan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Humor untuk menghibur. Kalau iyapun, biarlah humor yang ilmiyah.
3. Menjawap izin laluan dengan yakin sehinnga warga dewan merasakan soalan tersebut bagai
meludah kelangit jatuh kemuka sendiri.
4. Pakaian yang kemas dan rapi.
5. Menjaga adab perbahasan.

Jika anda tidak percaya terhadap ke-5-5 tips ini, anda bolehlah mencari sendiri.

Peranan dalam perbahasan?
KERAJAAN (PRO)

PERDANA MENTERI (FIRST SPEAKER)
1. Bentangkan usul
2. Nyatakan premis (pendirian)
3. Berikan definisi
4. Nyatakan peranan anda & rakan pembahas yang lain
5. Berhujah hanya satu hujah 'pokok' sahaja
6. Pertegakan premis
7. Terima & berikan izin laluan (+2)

MENTERI KE-2 (DEFENDER)
1. Nyatakan usul
2. Nyatakan premis
3. Terima@tolak definisi ketua pembangkang
4. Bidas hujah Ketua pembangkang
5. Berhujah dengan 2 hujah baru relevan dengan premis dan usul
6. Pertegakan premis
7. Terima & berikan izin laluan (+2)

MENTERI KE-3 (DESTROYER)
1. Nyatakan usul
2. Nyatakan premis
3. Bidas pembangkang (umum)
4. Bidas kesalahan pembangkang ke-2 (+3 kesalahan)
5. Bidas kesalahan ketua pembangkang (+3 kesalahan)
6. pertegakan premis
7. Terima & berikan izin laluan (+2)

PEMBANGKANG (CONTRA)

KETUA PEMBANGKANG (RADICAL SPEAKER)
1. Nyatakan usul
2. Nyatakan premis/pendirian
3. Terima@tolak definisi Perdana Menteri
4. Nyatakan peranan anda & rakan pembahas yang lain
5. Bidas hujah Perdana Menteri
6. Berhujah dengan satu hujah 'pokok' sahaja
7. Pertegakan premis
8. Terima & berikan izin laluan (+2)

PEMBANGKANG KE-2 (RADICAL SUB DEFENDER)
1. Nyatakan usul
2. Nyatakan premis
3. Bidas hujah menteri ke-2
4. Bidas hujah Perdana Menteri
5. Berhujah dengan 2 hujah baru yang relevan dengan premis dan usul
6. Pertegakan premis
7. Terima & berikan izin laluan (+2)


PEMBANGKANG KE-3 (RADICAL SUB DESTROYER)
1. Nyatakan usul
2. Nyatakan premis
3. Bidas kesalahan-kesalahan ketara pihak kerajaan
4. Bidas Menteri ke-3 (+2)
5. Bidas Menteri ke-2 (+2)
6. Bidas Ketua Pembangkang (+2)
7. Pertegakan premis
8. Terima & berikan izin laluan



OK, peranan tersebut merupakan peranan asas kertas konsep bahas ala-parlimen bahasa melayu sekolah menengah. Walau bagaimanapun, terdapat banayk formasi yang memanipulasikan peranan-peranan tersebut. Itu akan saya tuliskan dalam artikle yang lain.

APAKAH ITU USUL, PREMIS & IZIN LALUAN?

USUL: merupakan tajuk perbahasan
contoh: "Kemalangan Jalan Raya Boleh Dibendung Dengan Hukuman Yang Lebih Berat"

PREMIS: merupakan pegangan asas satu pihak
contoh bagi pro :"kami menyokong usul........"
contoh bagi kontra :"kami menolak usul.........."

IZIN LALUAN: merupakan pertanyaan semasa pihak lawan sedang berhujah
contoh lemah: "Y.B, sebentar tadi Y.B ada menyatakan.............blahblahblah.."
contoh mantap: "Y.B, bukankah ini yang dimaksudkan dengan.......blahblah.."
(kategori dan teknik izin laluan akan dibincangkan dalam artikle seterusnya)


APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENDAPAT USUL?

selepas mendapat usul, anda harus bergembira kerana kumpulan anda bukanlah tergolong dalam golongan yang "spontan". Baiklah ini adalah asasnya:

1. Brain stroming (diskusi)






















2. Cari definisi (nampak tak bebudak ni buat? kamus dewantuh..ape gunenye?)
3. Cari Hujah
4. Menyiapkan hujah
5. Latihan

Perkara inipun sama, cuma asas sahaja. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah dalam 5 langkah asas ini termasuklah:

1. Cara berbincang
2. Cara multi-pendefinisian
3. Cara mencari Hujah pokok & sampingan
4. Cara mengarang* hujah
5. Cara latihan efektif

Asasnya, anda perlu juga untuk mengikuti ke-5-5 kaedah ini. Tak percaya?

PANTANG LARANG DALAM BERBAHAS?
Ada jugak??? Mestilah ada!!!!

1. Berdiri dan duduk tidak serentak apabila rakan anda akan berhujah (-3 strategi)
2. Menggunakan bahasa selain melayu tanpa izin Yang dipertua Dewan (-3 bahasa)
3. Menggunakan bahasa yang berkias-kias semasa berucap (-3 persembahan)
4. Menggunakan bahasa yang terlalu tinggi sehinnga menyebabkan warga dewan keliru
wei, tak baik kenakan orang tau!!!
5. Tidak menunjukan gaya berbincang semasa 3 minit sebelum izin laluan. Kena berlakon tau!!
(-3 strategi)
6. Lawak lucah, ganas e.t.c.
7. Semua Pantang larang yang dibacakan oleh Y.D.P Dewan sebelum PM mengutarakan hujah.


Thats all i Think for this time. hope to hear from others soon.....

"bertolong-tolonglah kamu kearah kebaikan, dan jangan sesekali bertolongan dalam kejahatan."